Bilik guru zaman dulu ,tempat di mana para guru berehat, membuat persediaan mengajar, bermesyuarat serta merancang idea. Suasananya mungkin tidak seselesa seperti bilik guru zaman sekarang, tapi dibilik inilah tempat mereka merancang aktiviti p&p bagi digunakan didalam kelas yang mana telah melahirkan individu-individu berjaya pada hari ini.. Terima Kasih Guru.....
Barisan guru-guru serta murid-murid yang bergambar kenangan di hadapan sekolah. Foto ini diambil sekitar tahun 60 an. Jika diperhatikan pada signboard sekolah yang tertampal di dinding bangunan, Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh masih terletak di dalam daerah Besut.